Sunday, December 30, 2007

PELAMIN ANGANKU MENJADI KENYATAAN.....





Sabtu (8 Disember)

12.30 tengah hari

Dewan Orang Ramai, Petaling, Jelebu

Penantian & penat lelah aku selama ini telahpun berakhir. Pengorbanan masa, tenaga & wang bagi menyediakan majlis yang sederhana mungkin pada hari ini telah sampai ke kemuncaknya. Segalanya telah berlangsung, alhamdulilah dengan jayanya dan seperti yang dirancang. Sungguhpun dari malam tadi aku tidak berjaya mencari ustaz untuk membaca doa, namun Pak Ngah Yusof tampil untuk membantu. Terima kasih buat pak ngah yang khabarnya ingin mencari mak ngah baru....harap bertemu dengan seseorang yang berjiwa islamic.

WALIMATUL URUS

Rombongan dari Rawang tibe dan singgah berkumpul di Masjid Qariah Bunga Tanjung. Aku & Shita seperti biasa setelah duduk lama di dalam kereta, memperbetulkan destar yang tersemat di kepala. Ahli-ahli keluarga yang lain pula masing2 ada yg ke tandas dan ada juga yang menggeliatkan badan setelah duduk diam lama di dalam kereta. Lebih kurang 10 selepas tiba di Masjid Bunga Tanjung, kami bergerak ke dewan dengan hati aku yang agak berdebar-debar. Aku sibuk memikirkan apa yg akan berlaku nanti. Adakah persediaan yang dirancang seperti yg aku harapkan. Sempat aku membuat panggilan kepada kak ngah, jurukamera & zaid (ketua kompang) untuk meminta mereka membuat persediaan.

Tepat jam 12.35, kami sampai dengan selamat di tepi jalan besar berdepan dengan dewan. Kelihatan pasukan kompang Gema Astar & ahli keluarga, tidak lupe juga yg membawa bunga manggar telah bersiap sedia di depan pintu pagar dewan. Kelihatan beberapa tetamu yang masuk menuju ke dalam dewan. Alhamdulilah segala persiapan berjalan lancar. Cuma aku masih terfikir bagaimana agaknye suasana dan rupa bentuk pelamin serta susunan di dalam dewan.

Agak kelam-kabut sebentar kerana Alim, anak saudara yg aku lantik menjadi pengapit masih di dalam perjalanan. Hampir 5 minit menunggu, barulah dia terpacul. Aku rasa cuak jugak. Nasib tak begitu lama. Setelah semuanya bersedia, aku memberi isyarat kepada Zaid supaya pasukan kompang memulakan permainan mereka.

Dengan diiringi paluan kompang bermodelkan pukulan sudu-sudu, kami memulakan langkah perlahan-lahan masuk menuju ke dewan. Langkah raja sehari memang terpaksa diperlahankan. Dalam hati aku terdetik, memang best betul budak-budak kompang ni main. Tak sia-sia aku minta dieorg bawa pukulan sudu-sudu untuk dijadikan pukulan iringan. Setibanya di pintu dewan, aku agak terkejut melihat terdapat sebuat pelamin di belakang meja santapan pengantin dan tetamu dari pihak perempuan. Pelamin warna hijau putih tersebut memang agak menyerlah kelembutan warnanya. Sesuai dengan tema yang aku inginkan. Setibanya di atas pentas, kami dihidangkan dengan persembahan kompang ala Festival Seni UM. Persembahan yg dibuat oleh anak-anak buah aku ini sungguh menarik walaupun tanpa tarian kerana mereka tidak sempat berlatih. Bagi aku, apa yg telah mereka lakukan ini pun aku dah cukup bersyukur & berterima kasih. Sanggup datang dari UM untuk main kompang pada majlis aku sudah kira bagus...

Setelah menjamu selera, aku & Shita beralih kepada sesi mengambil gambar di pelamin. Lauk yang dihidangkan memang banyak. Memang berbaloi dengan harga yg ditawarkan. Ramai juga tetamu yg naik ke pelamin untuk bergambar dengan kami di atas pentas. Selesai berposing, kami turun semula ke bawah bertemu dengan keluarga, saudara-mara & sahabat handai yg hadir. Majlis pada tengah hari tersebut tidaklah begitu ramai tetamu kerana tempat duduk tidak sesak.

Lebih kurang pukul 2.30, kami ke padang pula kerana saudara pejal ingin menjalankan sesi fotografi oudoor. Mungkin kerana style bergambar secara outdoor jarang dilakukan di Jelebu, ianya menjadi perhatian juga buat penduduk sekitar. Kepada yg berminat untuk melihat foto-foto di majlis perkahwinan kami, bolehlah melawati laman web http://pejals.fotopages.com/ . Laman web berfoto ini milik jurukamera yang kami lantik bagi majlis tersebut.

Selesai sesi bergambar, kami masuk semula ke dalam dewan untuk berjumpa tetamu-tetamu yg hadir. Kelihatan rakan-rakan karib Ex- MRSM Qber telahpun sampai dan menjamu selera. Nuzli, Nizam, Chien & Ann serta beberapa sahabat mereka hadir. Turut sama Midi bersama isteri & anak-anak juga. Dalam pukul 4.30 petang, Nazim tiba bersama Nisma. Secara kebetulan Aff & Noi tiba juga pada waktu yg sama. Mujurlah pihak katering belum mengemas seluruh dewan tersebut. Kami duduk bersama, makan & berbual sebelum kedua-dua rakan ini pulang.

Aku bergerak pulang lebih kurang pukul 5.30 petang. Pada waktu malam pula, kami mengadakan sesi membuka hadiah. Terdapat 22 bungkusan hadiah yg terdapat di dalam rumah aku ketika itu. Bermacam-macam jenis hadiah yg diberikan oleh tetamu yg hadir. Macam biaselah antaranya mesti ada set gelas, pinggan mangkuk, periuk, lampu tidur & yg paling best ialah vcd japan drama series ‘Engine’ yg dihadiahkan oleh Ann. Ribuan terima kasih juga kami ucapkan di sini kepada semua yg memberikan hadiah & juga hadir di majlis kami . Malam tersebut juga, kami makan sekeluarga dengan lauk hidangan pada maljlis pada siang hari yang masih banyak bakinya.

Setelah berhempas-pulas menyediakan segala persiapan, akhirnya aku telah selesai melaksanakan tanggungjawab aku menjalankan walimatul urus ini. Sungguhpun sederhana, aku tetap berbangga kerana di samping ianya berjalan secara teratur, dalam keadaan sederhana tetapi menarik, aku berjaya menerapkan unsur islamic di dalam majlis tersebut. Antaranya dengan mengasingkan tetamu lelaki dengan wanita, memasang lagu-lagu berunsur dakwah & nasyid serta memasukkan unsur-unsur keagamaan di dalam ucapan MC sungguhpun majlis ini pada lewat petangnya dicemari oleh nyanyian karaoke anak-anak buah aku sendiri. Huhu..

Menyambut harijadi di Hospital Pusrawi..

Selasa (20 November)

7.00 Malam

Wad As-Saadah, Bilik 16, Tingkat 4,

Aku baru selesai operation membuang batu karang. Semalam doktor mengesahkan terdapat batu karang di dalam saluran yang hampir dengan pundi kencing aku dengan saiz ukuran yang agak besar. Ianya memaksa sang doktor untuk melakukan pembedahan petang itu juga kerana khuatir risiko buah pinggang akan membengkak.

Hari ini merupakan hari kedua aku di wad ini. Suasana ketika ini agak lengang dan sepi. Tengah hari tadi bakal pak mertua & rakan-rakan sepejabat datang melawat. Aku masih menunggu kedatangan Shita.

Lebih kurang jam 7.25 malam, Shita sampai membawa kek harijadi, hadiah yang aku tunggu-tunggu & sedikit makanan. Aku amatlah berasa seronok walaupun terpaksa menyambut hari ulang tahun kelahiran diri sendiri buat kali ke 28 di wad hospital. Pilu bercampur gembira.

Terima kasih kepada Shita yang banyak berkorban masa, tenaga & wang di sepanjang aku ditahan di wad tersebut. Sungguhpun penat, die tetap hadir bagi menemani aku di wad. Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi....

Monday, November 12, 2007

Bertandang, Berarak Ke Paroi


Ahad (11 November 2007)

9.30 Pagi

Pekan Mantin

Kami (Aku, Shita, Umi & Qilah) bertolak menaiki sebuah kereta ke Paroi dengan agak laju kerana ingin menyaksikan majlis pernikahan Baith (Adik Shita) yang dijangkakan berlangsung dalam lebih kurang pukul 10.00 pagi. Di sepanjang perjalanan ke Bandar Seremban, aku sempat membaca beberapa bab yang terkandung di dalam novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani.

Alhamdulilah kami sempat tiba di destinasi sebelum pukul 10.00 pagi. Kami singgah di Masjid Paroi untuk bersiap-siap & berarak ke rumah pengantin. Kelihatan keluarga serta saudara mara Shita di situ lebih kurang dalam 30 orang. Aku pagi ni rase agak keletihan sedikit.

Kami bergerak beramai-ramai ke rumah pengantin perempuan dengan di tangan beberapa orang ialah hantaran yang telah direka dan dihias oleh Shita. Seperti mana biasa, Shita merupakan orang harapan untuk membuat hantaran perkahwinan di dalam keluarga dia. Seperti mana biasa juga, budaya melayu bertandang ke rumah pengantin, berjalan sekelompok perlahan-lahan sambil di hadapan sana menunggu pihak keluarga sebelah perempuan. Di dalam kepala aku berfikir sebenarnya untuk menjadikan kelainan di dalam majlis bertandang ini. Takde cara lain ke nak buat untuk bertandang..Macam naik kuda ke? Kereta Lembu ke? Berlari ke.Huhuhu....

Entah macam mana cincin Baith tertinggal di rumah. Kelam kabut jadinya sehinggakan terpaksa pinjam cincin tunang milik aku. Biasalah benda-benda macam ni. Kadang-kadang terlalu banyak benda nak difikirkan sampai mesti ada yg terlupa dan terlepas pandang.Lebih kurang pukul 10.30 pagi, majlis akad nikah pun bermula. Setelah selesai, kami dibawa untuk berehat di sebuah rumah lain yang berhampiran milik bapa kepada pengantin perempuan. Aku dengan Shita pula terus ke Giant Senawang sebab tak tahu nak buat apa ketika itu.

Kami tiba semula di rumah tumpangan jam 12.30 tengah hari. Segala persiapan telah diperkemaskan oleh pihak keluarga Shita. Bunga telur telah disusun di dalam pahar. Aku pula meneruskan bacaan novel yang dibawa tadi. Setelah semuanya siap sedia, kami bertolak ke rumah pengantin lebih kurang jam 1.00 tengah hari.

Sebenarnya dalam banyak-banyak upacara adat perkahwinan mengikut budaya orang melayu ini, yang paling aku suka saksikan ialah perarakan dengan paluan kompang. Kehadiran kami telah dinantikan oleh sebuah pasukan kompang yang aku rasa mungkin dari pasukan kompang sekolah berdekatan. Kegemaran bermain kompang di dalam diri aku ni sebenarnya memang tidak dapat dibendung lagi. Kalau boleh majlis di rumah aku nanti, aku nak main bersama pasukan kompang Gema Astar..Tapi nampak peliklah pulak. Belum pernah dibuat orang pengantin sertai pasukan kompang bermain sekali. Tapi aku rasa macam nak buat jer...Kite tengoklah nanti yer.........Tapi budak-budak yang main kompang pada hari ni bukan bermain tetapi main-main. Bukan memalu tapi memalu-malu. Main kompang ni sebenarnya ada disiplin yg perlu dijaga.. bukan setakat main hentam jer. Namun aku hanya boleh komen di dalam hati kerana ini bukan majlis aku tapi majlis orang lain. Tapi untuk menjadikan sesebuah budaya & pusaka adat bangsa tidak akan hilang, setiap sesuatu yg dipelajari dari golongan terdahulu tidak kiralah sama adanya ianya sekecil isu bermain kompang, tetapi adat budaya ini boleh lenyap jika ianya tidak dijaga & dipelihara secara serius. Itu nasihat yang aku ingin berikan kepada golongan muda tersebut.

Selepas upacara bacaan doa dan merenjis-renjis oleh ahli keluarga, kami disajikan dengan hidangan yang bagi aku amat menyelerakan. Aku pulak memang tengah lapar. Dapat masakan pedas & bersantan cara orang N.Sembilan, memang macam orang nak tidur disorongkan bantal la aku jadinya. Dalam banyak-banyak lauk tu, yg paling mendapat pujian daripada aku ialah kari daging. Memang pekat, pedas & sedap. Huhu. Namun malang bagi Shita. Gulai daging salai yg diidam-idamkan tidak jua muncul sehingga ke akhir waktu makan.

Selesai makan & bergambar, tiba waktunya kami singgah bersolat di masjid yang sama yg kami singgah pagi tadi & seterusnya meneruskan perjalanan balik ke K.Lumpur.

Dari Hill Park Ke Taman Melewar


Jumaat (9 November 2007)

8.30 Malam

Kondominium Pantai Hill Park

Aku & Faisal (Beckham) masih menunggu si Faisal sorang lagi iaitu Faisal (Ded1) untuk ke Melewar. Sebelum aku tiba di Hill Park, aku telah berselisih faham sedikit dengan Shita. Hal yang kecil sahaja. Hanya berkenaan aku keluar pada malam ini dengan 2 rakan yang bernama Faisal ke Taman Melewar untuk menghadiri ceramah. Aku faham Shita bimbang dengan suasana yang tengah kelam kabut pada ketika ini. Almaklumlah kami akan melangsungkan pernikahan insya Allah dalam 3 minggu lagi.

Kami agak lewat tiba di Melewar. Terlalu banyak sekatan jalan raya diadakan membuatkan jalan sekitar Kuala Lumpur ke Gombak berada di dalam kesesakan. Kami terpaksa mengikut jalan ke Batu Caves untuk dapat tibe di Melewar secepat mungkin. Dalam perjalanan macam-macam cerita yang keluar. Antara yang paling menarik hati aku ialah tentang nama kedua-dua sahabat aku ini. Mereka mengatakan nama mereka adalah sebutan lughah arab yang betul iaitu ‘Faisal’ dan bukannya Faizal. Menurut Faisal (Ded1) lagi, Faizal di dalam bahasa arab bermaksud tiang jamban. Aku pun tidak pasti sama ada ianya betul ataupun sekadar lawak tambahan dikala bosan menunggu kesesakan lalulintas.

Hampir jam 11.00 malam kami tiba di Markas Pas Pusat, Taman Melewar. Kami disambut oleh Pak Hussin. Salah seorang sahabat sama tempat kerja dengan aku.Kami dihidangkan dengan nasi kawah beserta lauk kari daging. Memang suasana yang agak meriah di sekitar markas ketika itu. Aku yang memang dari tadi lapar begitu bersemangat untuk makan apa lagi dihidangkan dengan lauk daging kari yang enak. Sungguhpun kalau tak silap aku hanya ada 1 jenis lauk saja ketika itu, kami tetap bersyukur kerana dapat berkumpul mendengar ceramah sambil menikmati hidangan. Terasa seperti berada di majlis kenduri kahwin di sebuah kampung.

Kepada tunangku Shita, aku berharap selepas ini dia akan faham dengan tugas & tanggungjawabku selain kepada keluarga & peribadi, aku juga harus bertanggungjawab membantu menyokong perjuangan untuk menegakkan agama Allah & keadilan di negara ini. Ini merupakan tugas wajib seorang muslim yang diamanahkan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini selagi perkara asas di dalam sesebuah negara Islam tidak diwujudkan. Sekurang-kurangnya membantu dengan menyatakan kebenaran di dalam hati. Kami sebagai aktivis yang dilatih untuk berfikir & mempunyai prinsip serta peka dengan politik semasa merasakan bertanggungjawab di dalam isu-isu berkaitan. Semoga my dear sayang menyokong perjuangan ini. Saya tak pernah keluar malam bersama kawan-kawan tanpa sebab yang penting. Dan sayang pun tahu mengenai hal tersebut....

Thursday, October 18, 2007

MENYAMBUT IDILFITRI DENGAN SHITA

Aku menyambut idilfitri yg menjelang dalam keadaan yg agak kurang sihat. Dengan masalah cirit birit serta tekanan darah yg agak tinggi. Doktor bagi aku MC 2 hari. Buat aku lega sebab aku boleh terus sambung cuti & balik kampung dgn aman. Aku pun tak tahu kenapa tekanan darah aku terlalu tinggi. Mungkin sebab aku terlalu banyak berfikir mengenai hal-hal urusan perkahwinan, hal kerja serta nak menyambut hari raya. Memang aku sedar keadaan aku pada waktu itu agak serabut sedikit dan kurang bermaya.

Setiba di kampung, segala masalah hampir 100% hilang di kepala. Memang terasa kurang sedikit tekanan dan masalah yg difikirkan. Masa tu Shita masih bekerja lagi. Die merajuk dgn aku kerana aku balik kampung awal katanya. Bermacam-macam helah die buat supaya aku temankan dia di KL. Antaranya ialah dengan merajok olok-olok sebab aku lupa nak offer sampul raya yg aku dapat kat dia. Huhuhu....Ada sekali tu die merajok sbb aku layan cerita Diari Ramadhan Rafique sampai tak fokus untuk berbual di dalam telefon dengannya.

Bila Syawal tiba, segala-galanya kembali tenang.. Shita dah tak merajok. Aku rasa alasan sebenar die merajok sebab terlalu penat untuk menyelesaikan permintaan biskut raya oleh pelanggan-pelanggan die. Mana taknya, sampai malam raya pun sibuk buat biskut raya lagi. Keuntungan biskut raya yg membolehkan die menyambar telefon bimbit baru..:P. Tunangku ini memang agak hebat di dalam membuat biskut raya. Permintaan melebihi penawaran. Sungguhpun begitu, dia tetap tidak menaikkan harga. Alangkah mulianya pekerti beliau. Bila lihat harga barang seperti ayam,minyak,tol,gunting rambut semua naik membuatkan Shita terfikir sekiranya dia meningkatkan harga jualan biskut-biskut raya menyebabkan kos sara hidup bagi pelanggan-pelangganya pada bulan raya ini akan mendadak naik.

Aku pulak kat rumah biasanya akan menjadi pemandu merangkap pembantu mak akulah. Mcm biasa awal-awal pagi hari mantai aku dah temankan mak ke pasar. Beli 6 ekor ayam telur untuk dibuat rendang, serbuk kari, berapa kilo daging aku pun tak pasti, kunyit dan pelbagai mcm barang lagi. Puasa di kampung agak mencabar kerana ketika 2-3 hari terakhir puasa, cuaca memang agak panas. Aku sampai mandi 3 kali sehari. Tahun ni takde shopping pun. Aku cuma menempah baju melayu raya beserta baju nikah kat abg Zul De Classique serta sedikit pakaian bundle. Walaupun aku rasa raya tahun ni kurang meriah disebabkan aku sudah agak tua, namun apabila melihat telatah anak-anak buah dan juga kerenah Rafique sekeluarga menyebabkan aku berasa sedikit ceria.

Syawal tiba............Selesai menunaikan solat sunat idilfitri, aku singgah menziarahi kubur arwah bapa. Setelah pulang, aku hanya duduk berehat di rumah sambil menunggu ketibaan tetamu. Shita berjanji untuk datang pada hari raya kedua. Raya pertama ni memang agak bosan jugala sebab aku tak tahu nak pergi mana. Layan jerla TV kat rumah aku yang kena pasang dalam 2 jam baru keluar suara dia. Raya kedua Shita tiba dengan memakai jubah & tudung hitam ala wahida wasini. Aku ingat arab mana yg datang tadi. Rupa-rupanya tunang tersayang...siap dengan kek, biskut raya & kain batik untuk mak. Untuk i takde ke yang? Seperti yg aku telah janjikan, sajian mee kari kegemaran Shita bersama ice blended chocolate yg dibuat oleh Kak Long Bila dihidang. Banyak juga Shita makan. Siap tanya lagi resipi mee kari kat mak aku.

Hari raya keempat aku ke Shah Alam & seterusnya ke Rawang berhari raya ke rumah nenek Shita di samping acara utama iaitu menyambut ulangtahun hari lahir beliau iaitu pada 16 Oktober. Sewaktu tiba di rumah nenek, aku nampak atuk Shita tengah mengira duit. Mungkin duit raya yang beliau terima agaknya. Tak mungkin duit raya yg dia nak bagi kat aku. Jadi cucu pun belum secara sah lagi. Shita memotong kek keluaran secret recipe sambil dinyanyikan oleh adik-adik sepupunya. Memang meriah betul sambutan hari lahirnya kali ni. Siap dapat hadiah yg telah lama dicari-cari lagi. Hehehe.

Kami juga singgah di kedai-kedai perabot di sekitar pekan Rawang mencari set bilik tidur. Aku juga disajikan bihun goreng, ayam goreng dan murtabak sewaktu beraya di rumah nenek Shita. Neneknya ketika itu tengah berpuasa, so tidak merasalah kenikmatan murtabak yg dibeli.

Lebih kurang pukul 2.30 kami bertolak balik ke Shah Alam dan aku seterusnya bergerak pulang ke kampung. Bagi aku kenikmatan beraya di kampung jauh lebih seronok dari kekayaan yg aku miliki tetapi aku takde kampung untuk balik beraya. Nostalgia beraya di kampung semenjak aku lahir memang takkan aku lupakan. Setelah kahwin pun aku nak pastikan Shita turut merasakan keindahan beraya di kampung. Dengan pelita yg berkedip – kedipan dihembus angin malam, dentuman bunyi meriam buluh & mercun, suara kanak-kanak berlari ke sana ke mari bermain bunga api serta kesibukan penghuni-penghuni kampung mengadakan persiapan raya. Memang suasana yg aku takkan dapat lupakan apabila tibanya musim raya. Selain itu, di sepanjang laluan ke Jelebu merentasi kawasan Bukit Tangga, terdapat 1 banner yg ditujukan khusus kepada warga kampung macam aku berbunyi, “Selamat Pulang Anak-Anak Jelebu Dari Perantauan”...Pergh..bukan main syahdunya pada ketika itu. Cerita kegemaran aku ketika bulan puasa & raya ini tidak lain tidak bukan ialah Diari Ramadhan Rafique kerana latarbelakang cerita tersebut bercirikan kampung idaman dengan suasana meriah menyambut idilfitri. Cerita tersebut memang mengingatkan nostalgia aku di zaman kanak-kanak yang memang tidak mampu dilupakan.....So kepada my dear fiance Shita, raya pertama kita selepas nikah di Jelebu yer?:)

RAKAN KARIBKU BERBANGSA CINA BERNAMA KWONG....

Aku tidak mempunyai ramai kawan karib berbangsa bukan melayu. Ini berlaku bukanlah disebabkan aku mengamalkan sifat perkauman ataupun anti mana-mana kaum. Sebaliknya ialah pergaulan aku di rumah dan pejabat yg hanya terbatas dengan rakan-rakan melayu. Di pejabat, ade 35 kakitangan audit, 33 daripadanya atau 94% berbangsa Melayu. Pergaulan di rumah juga agak kurang kerana aku suke duduk di rumah setelah balik dari pejabat...Hari minggu pula aku banyak habiskan masa bersama Shita menguruskan hal-hal yg berkaitan dengan majlis pernikahan, Cuma kadang-kadang bermesra bersama rakan-rakan lepak yg diketuai oleh seorang towkey minyak keluaran tempatan.

Nama kawan baik yg aku maksudkan ialah Kwong Choong Leong atau lebih mesra dengan panggilan Mr. Kwong. Beliau sekarang berumur lebih kurang 56-57 tahun. Berbadan sederhana, tidak terlalu tinggi atau rendah, berambut sederhana hitam, memakai cermin mata dan berjalan agak laju sungguhpun hayunan tapaknya yg agak rapat. Berperawatakan agak sopan, berfikir dan mengambil masa sebelum mengeluarkan hujah, kadangkala suka membuat lawak serta mempunyai ciri-ciri seorang lelaki jepun, bukan macam seorang cina.

Aku mengenali Mr. Kwong Choong Leong ini sewaktu bekerja sebagai Pekerja Khidmat Singkat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam tahun 2003 hingga 2005. Aku bertugas di Unit Pasca Audit, dimana antara yg paling senior di situ ialah Mr Kwong. Sungguhpun gaji aku pada waktu tu tersangatlah kecil (tak sampai RM1000), namun aku berasa amat seronok kerana mendapat bos yg baik serta senior yg tidak kedekut ilmu seperti Mr. Kwong. Banyak ilmu perkastaman terutama berkenaan dgn pengimportan & penilaian telah diajarkan kepadaku.

Memang best dapat rakan karib yg berpengalaman seperti Mr. Kwong ini tetapi sporting di dalam pergaulan. Aku tidaklah berasa kekok apabila bercakap atau bertanya sesuatu kepadanya. Sifatnya lebih kurang macam aku juga..tidak begitu gemar dgn perempuan yg kuat berleter. Alhamdulilah aku dapat tunang yg tidak suke berleter..:P. Selain itu, kami selalu keluar minum bersama. Bos aku ni memang selalu belanja aku dan rakan2 PKS yang lain.

Kawan aku yg bernama Kwong ini mmg cukup hebat. Aku memang respect dgn dia dalam bab – bab kerja ni. Beliau pernah dihantar berkursus di Jepun untuk mewakili Kastam Diraja Malaysia mempelajari teknologi di sana serta membentangkan kertas kerja praktikal bagi negara kita. Aku terlibat secara tidak langsung di dalam menyediakan slide show serta membantu membuat kiraan penilaian berhubung cukai kastam tersebut.

Selepas aku meninggalkan kastam setelah mendapat kerjaya baru yg tetap, aku cume berutus sms ataupun menghubungi menerusi telefon kawan baikku ini. Kami hanya bertanya khabar dan memberi ucap selamat hari raya & tahun baru cina kepada masing-masing. Aku bukanlah sengaja nak buat blog khas mengenai kawan-kawan aku. Tapi disebabkan aku mempunyai kawan baik bangsa bukan melayu dan juga umurnya jauh lagi tua dari aku, aku rase aku seronok dapat berkongsi dgn semua termasuk tunang aku, Shita. Jika beliau hadir ke majlis perkahwinan kami yg bakal menjelang nanti, aku akan perkenalkan kawan baik aku ini kepada Shita dan juga semua ahli keluarga...Insya Allah.

Monday, October 1, 2007

LAWATAN AUDIT KE GERAI PAKAIAN BUNDLE

Hari minggu yang sibuk..Aku dan Shita terpaksa menjalankan auditan pada hari minggu ini di beberapa kedai menjual barang-barang perkahwinan di kawasan Nilai 3.Banyak jugak isu audit yang kami dapat. Tidak lain tidak bukan berkisar dengan isu-isu hantaran. Isu yang merupakan adat nenek moyang turun temurun yang agak menyusahkan ini terpaksa dihadapi bagi setiap pasangan yang ingin berkahwin. Kawin lari kat Siam je mungkin tak perlu hantaran-hantaran ni.

Bukan sebeban tetapi 4-5 beban beg plasik di kanan & kiri tangan kami. Di kesempatan ini juga, aku sempat singgah ke gerai bundle berhampiran untuk membuat pengiraan stok. Kiraan stok tertumpu kepada tee shirt yang terjual. Untuk skop stok tee shirt ni, aku hanya mendapat 1 sahaja isu. Cukupla untuk pakai di hari raya. Nak beli yang original aku rasa setakat ni tak cukup mampu. Maklumlah harga barangan keperluan asas semuanya naik. Dari minyak hingga ke ayam, silap2 harga nak masuk toilet awam pun naik.

Memang penat betul hari minggu ni. Aku dan Shita berbuka di KFC je. Aku rasa ayam yang dijual kat KFC masih belum naik harga sebab dieorang mungkin gunakan sistem FIFO. Stok ayam yg lama disimpan akan dijual harga pada masa dibeli, bukan pada harga pasaran.

Letih semua cukup...Aku telan punya banyak air malam ni. Aku juga sempat membeli sedikit kerepek untuk dibawa balik pada hari raya nanti. Mercun je aku tak mampu nak beli. Semua berpunca kerana kenaikan harga barangan asas. Mana taknya, bajet kahwin aku terpaksa lari meningkat ke paras maksimum disebabkan segala kos untuk melangsungkan perkahwinan meningkat. Aku rasa bank-bank patut sediakan pinjaman khas untuk melangsungkan perkahwinan, khususnya untuk memenuhi permintaan manusia macam aku.

Esok pagi kena bangun awal pagi macam biasa. Memang aku berada pada tahap keletihan yang agak melampau ketika ini. Cuaca yang agak panas cukup untuk menandakan dugaan berpuasa di bulan Ramadhan ini. Sebagai umat islam, apa jua dugaan yang berlaku perlulah kite tempuhi dengan sabar.

Cukuplah kalimah merapu aku setakat ini. Aku rasa mata aku dah tak mampu nak terbuka luas lagi. Masa untuk mengelamun dan berdengkur.................