Sunday, December 30, 2007

MENYAMBUT IDIL ADHA DI RAWANG....

Khamis (20 Disember 2007)

Pukul 9.30 Pagi

Rawang

Ini merupakan kali pertama aku berhari raya idil adha bukan dengan keluarga sendiri. Almaklumlah sejak sudah bergelar laki orang ni, kehidupan bertanggungjawab & bertoleransi adalah sangat penting. Aku memang tak kisah pun untuk beraya di Rawang. Sebab di sana ramai budak-budak. Aku memang suka melayan budak-budak ni.

Kat sana dieorang bersiap-sedia untuk melakukan ibadah korban. Seekor lembu berwarna putih telah diikat dengan baik di belakang rumah nenek. Selepas solat idil adha, acara korban pun berlangsung. Memang seronok melihat kerenah ahli keluarga di dalam membuat persiapan ibadah korban ini. Ada yang sibuk melapah daging, mengeluarkan isi-isi perut lembu,membasuh kulit lembu & yg tukang ambil gambar pun ada. Aku tak tolong pun melapah lembu tu. Aku memang tak pandai, Insya Allah nanti aku belajarla. Aku hanya menolong Shita melenyek kentang untuk dibuat begedil. Dalam pukul 2.30 petang, aku & Shita menuju ke Kajang kerana mak dah ajak untuk makan tengah hari di sana.

Tiba di rumah kakcik, aku terus menyingkap tudung saji. Memang lapar betul aku rasa hari ni. Tadi sarapan pun awal pagi. Mana yg tak laparnya. Antara menu yg dimasak oleh mak ialah rendang ayam, pulut kuning, nasi himpit & kuah kacang, puding jagung, kek dan macam-macam lagi. Aku pun dah ingat yg lain tu. Yg aku bantai paling banyak ialah pulit kuning dicicah dgn rendang.

Sebelum pulang, kami ke Tesco untuk membelikan kek harijadi untuk Alif(anak buah). Hari ini juga merupakan hari jadinya kerana aku dah berjanji sebelum tu. Kelihatan si Alif dgn baju raya warna purplenya manakala Sadiq & Haziq langsung tak pakai baju melayu berjalan beriringan bertiga. Entah apa yg dibualkan oleh budak bertiga ini.

Beraya di Rawang memang memberikan pengalaman baru buat aku. Hidup di dalam suasana keluarga yg ramai, kebanyakannya wanita. Sepupu Shita majoritinya kanak-kanak perempuan berbeza dengan aku, majoriti anak buah adalah lelaki. Berbeza dengan keadaan di rumah aku, sungguhpun sepupu-sepupu Shita ni ramai, tapi suasana di rumah nenek ni tenang je. Bukan macam anak-anak buah aku. Suka menimbulkan huru-hara dengan menjerit dan tergelak kuat-kuat. Mungkin kerana budak-budak lelaki kot. Apa yg dapat aku perhatikan, budak-budak kecil kat Rawang ni hanya keluar untuk makan & tengok TV je. Masa lain dieorang lebih banyak duduk di dalam bilik & senyap. Masing-masing dgn aktiviti masing-masing tanpa mengganggu urusan kerja orang dewasa. Tiada tangisan dan rengekan kelihatan kerana puting mulut hilang atau pun botol susu tak jumpa. Bagus betul. Aku rasa kena belajar dengan nenek ni. Ilmu penunduk apa yg die pakai sampai anak-anak & cucu tak berani nak memporak perandakan serta menghuru harakan rumah macam yg dibuat anak-anak buah aku.

Dalam bab makan pula, yang makcik-makcik akan memberikan sedikit seorang dengan sama rata makanan yg dimasak. Biar semua rasa sungguhpun benda tu sedikit kata Shita. Si Shita sempatlah memasak mee kolok, fruits cocktale, begedil & apa lagi aku pun dah lupa di sepanjang tempoh kami beraya di sini. Memang aktiviti utama aku di sini tidak lain tidak bukan hanya makan & minum. Kena kawal sikit beb. Nanti gemuk siapa yg susah. Gemuk 1 hal..dapat penyakit lain pulak dah 1 hal lagi.

Setelah 3 hari 3 malam di rumah nenek, pada pagi Sabtu ( 22 Disember 2007) kami bertolak ke Jelebu..Sekian.

No comments: