Sunday, December 30, 2007

HONEYMOON DI KOTA MIAW MIAW..........

Selasa (11 Disember 2007)

9.50 Pagi

LCCT, Putrajaya

Kami bertolak ke Kuching untuk berbulan madu. Ini merupakan julung kali aku berkesempatan ke Kuching. Memang tidak pernah menjejakkan kaki ke Sarawak sebelum ini. Shita dah 2 kali rasanya pergi sana. Aku rasa dia takda masalah untuk berjalan-jalan di sana.

Hari pertama tiba, kami tidak keluar berjalan jauh. Hanya berjalan kaki di sekitar hotel melihat kawasan di sekitarnya di samping mengambil beberapa keping gambar. Selain itu, kami juga mengunjungi beberapa kedai menjual cenderahati tidak jauh dari tempat kami menginap. Untuk pengetahuan sesiapa yg belum pernah sampai ke Kuching, bandar raya ini terkenal dengan produk makanan seperti kek lapis & mee kolok. Selain itu, barang-barang perhiasan & juga gambir sarawak juga ada di jual. Biasanya peniaga-peniaga kecil ini akan membuka meja di tepi kaki lima kedai & lorong pejalan kaki.

Hari kedua pula kami ke Perkampungan Budaya yg berdekatan dengan Pantai Damai. Di sini kami dapat melihat adat budaya terutama perihal rumah & peralatan bagi pelbagai budaya & kaum bagi masyarakat di Sarawak. Setelah habis bejalan di sekitar Perkampungan Budaya, kami dihidangkan dgn persembahan tarian masyarakat di Sarawak. Pada tengah harinya pula, kami berjalan menuju ke pantai Damai. Sesuai dengan namanya, pantai ini memang mendamaikan. Aku & Shita hampir lena di atas kerusi rehat yg disediakan. Setelah makan, kami bertolak balik ke hotel lebih kurang pukul 3.30 petang. Pada waktu malam pula, kami menjamu selera di bahagian seberang sungai. Kami terpaksa menaiki bot Hotlink dengan tambang RM1 untuk ke sana.

Hari ketiga pula kami berjalan-jalan ke kilang membuat pasu. Memang ramai orang yg datang membeli barangan tembikar di sana. Aku juga tidak terkecuali membeli mug minuman. Aku juga sempat berjalan ke kedai-kedai cenderahati yg bahannya diperbuat dari kayu kerana ingin mencari kayu tas. Cari punya cari, akhirnya jumpa jugak. Mahal gak kedai tu jual. RM25 sebatang. Nak tak nak aku beli jugaklah. Kayu tas ni aku dengar banyak kegunaannya terutama untuk menghalau binatang-binatang berbisa seperti ular masuk ke dalam rumah.

Hari terakhir kami di Kuching.....Kami keluar pada awal pagi untuk ke Pasar Satok. Tidak lain tidak bukan berhajat untuk membeli ikan terubok masin. Shita memborong dalam 11 ekor kalau tak silap manakala aku sendiri membeli 6 ekor untuk diberikan kepada kaum keluarga. Kami pulang semula ke hotel untuk mengemaskan barangan & check out. Flight kami berlepas dari Kuching pada pukul 7.10 malam. Pengalaman ke Kuching pada pendapat aku menyeronokkan jugaklah sungguhpun tidak begitu menarik jika dibandingkan dengan tempat pelancongan yang lain. Alhamdulilah kami tiba dengan selamat di LCCT Putrajaya lebih kurang pukul 9 .00 malam.

No comments: