Sunday, December 30, 2007

Menyambut harijadi di Hospital Pusrawi..

Selasa (20 November)

7.00 Malam

Wad As-Saadah, Bilik 16, Tingkat 4,

Aku baru selesai operation membuang batu karang. Semalam doktor mengesahkan terdapat batu karang di dalam saluran yang hampir dengan pundi kencing aku dengan saiz ukuran yang agak besar. Ianya memaksa sang doktor untuk melakukan pembedahan petang itu juga kerana khuatir risiko buah pinggang akan membengkak.

Hari ini merupakan hari kedua aku di wad ini. Suasana ketika ini agak lengang dan sepi. Tengah hari tadi bakal pak mertua & rakan-rakan sepejabat datang melawat. Aku masih menunggu kedatangan Shita.

Lebih kurang jam 7.25 malam, Shita sampai membawa kek harijadi, hadiah yang aku tunggu-tunggu & sedikit makanan. Aku amatlah berasa seronok walaupun terpaksa menyambut hari ulang tahun kelahiran diri sendiri buat kali ke 28 di wad hospital. Pilu bercampur gembira.

Terima kasih kepada Shita yang banyak berkorban masa, tenaga & wang di sepanjang aku ditahan di wad tersebut. Sungguhpun penat, die tetap hadir bagi menemani aku di wad. Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi....

No comments: