Sunday, December 30, 2007

PELAMIN ANGANKU MENJADI KENYATAAN.....





Sabtu (8 Disember)

12.30 tengah hari

Dewan Orang Ramai, Petaling, Jelebu

Penantian & penat lelah aku selama ini telahpun berakhir. Pengorbanan masa, tenaga & wang bagi menyediakan majlis yang sederhana mungkin pada hari ini telah sampai ke kemuncaknya. Segalanya telah berlangsung, alhamdulilah dengan jayanya dan seperti yang dirancang. Sungguhpun dari malam tadi aku tidak berjaya mencari ustaz untuk membaca doa, namun Pak Ngah Yusof tampil untuk membantu. Terima kasih buat pak ngah yang khabarnya ingin mencari mak ngah baru....harap bertemu dengan seseorang yang berjiwa islamic.

WALIMATUL URUS

Rombongan dari Rawang tibe dan singgah berkumpul di Masjid Qariah Bunga Tanjung. Aku & Shita seperti biasa setelah duduk lama di dalam kereta, memperbetulkan destar yang tersemat di kepala. Ahli-ahli keluarga yang lain pula masing2 ada yg ke tandas dan ada juga yang menggeliatkan badan setelah duduk diam lama di dalam kereta. Lebih kurang 10 selepas tiba di Masjid Bunga Tanjung, kami bergerak ke dewan dengan hati aku yang agak berdebar-debar. Aku sibuk memikirkan apa yg akan berlaku nanti. Adakah persediaan yang dirancang seperti yg aku harapkan. Sempat aku membuat panggilan kepada kak ngah, jurukamera & zaid (ketua kompang) untuk meminta mereka membuat persediaan.

Tepat jam 12.35, kami sampai dengan selamat di tepi jalan besar berdepan dengan dewan. Kelihatan pasukan kompang Gema Astar & ahli keluarga, tidak lupe juga yg membawa bunga manggar telah bersiap sedia di depan pintu pagar dewan. Kelihatan beberapa tetamu yang masuk menuju ke dalam dewan. Alhamdulilah segala persiapan berjalan lancar. Cuma aku masih terfikir bagaimana agaknye suasana dan rupa bentuk pelamin serta susunan di dalam dewan.

Agak kelam-kabut sebentar kerana Alim, anak saudara yg aku lantik menjadi pengapit masih di dalam perjalanan. Hampir 5 minit menunggu, barulah dia terpacul. Aku rasa cuak jugak. Nasib tak begitu lama. Setelah semuanya bersedia, aku memberi isyarat kepada Zaid supaya pasukan kompang memulakan permainan mereka.

Dengan diiringi paluan kompang bermodelkan pukulan sudu-sudu, kami memulakan langkah perlahan-lahan masuk menuju ke dewan. Langkah raja sehari memang terpaksa diperlahankan. Dalam hati aku terdetik, memang best betul budak-budak kompang ni main. Tak sia-sia aku minta dieorg bawa pukulan sudu-sudu untuk dijadikan pukulan iringan. Setibanya di pintu dewan, aku agak terkejut melihat terdapat sebuat pelamin di belakang meja santapan pengantin dan tetamu dari pihak perempuan. Pelamin warna hijau putih tersebut memang agak menyerlah kelembutan warnanya. Sesuai dengan tema yang aku inginkan. Setibanya di atas pentas, kami dihidangkan dengan persembahan kompang ala Festival Seni UM. Persembahan yg dibuat oleh anak-anak buah aku ini sungguh menarik walaupun tanpa tarian kerana mereka tidak sempat berlatih. Bagi aku, apa yg telah mereka lakukan ini pun aku dah cukup bersyukur & berterima kasih. Sanggup datang dari UM untuk main kompang pada majlis aku sudah kira bagus...

Setelah menjamu selera, aku & Shita beralih kepada sesi mengambil gambar di pelamin. Lauk yang dihidangkan memang banyak. Memang berbaloi dengan harga yg ditawarkan. Ramai juga tetamu yg naik ke pelamin untuk bergambar dengan kami di atas pentas. Selesai berposing, kami turun semula ke bawah bertemu dengan keluarga, saudara-mara & sahabat handai yg hadir. Majlis pada tengah hari tersebut tidaklah begitu ramai tetamu kerana tempat duduk tidak sesak.

Lebih kurang pukul 2.30, kami ke padang pula kerana saudara pejal ingin menjalankan sesi fotografi oudoor. Mungkin kerana style bergambar secara outdoor jarang dilakukan di Jelebu, ianya menjadi perhatian juga buat penduduk sekitar. Kepada yg berminat untuk melihat foto-foto di majlis perkahwinan kami, bolehlah melawati laman web http://pejals.fotopages.com/ . Laman web berfoto ini milik jurukamera yang kami lantik bagi majlis tersebut.

Selesai sesi bergambar, kami masuk semula ke dalam dewan untuk berjumpa tetamu-tetamu yg hadir. Kelihatan rakan-rakan karib Ex- MRSM Qber telahpun sampai dan menjamu selera. Nuzli, Nizam, Chien & Ann serta beberapa sahabat mereka hadir. Turut sama Midi bersama isteri & anak-anak juga. Dalam pukul 4.30 petang, Nazim tiba bersama Nisma. Secara kebetulan Aff & Noi tiba juga pada waktu yg sama. Mujurlah pihak katering belum mengemas seluruh dewan tersebut. Kami duduk bersama, makan & berbual sebelum kedua-dua rakan ini pulang.

Aku bergerak pulang lebih kurang pukul 5.30 petang. Pada waktu malam pula, kami mengadakan sesi membuka hadiah. Terdapat 22 bungkusan hadiah yg terdapat di dalam rumah aku ketika itu. Bermacam-macam jenis hadiah yg diberikan oleh tetamu yg hadir. Macam biaselah antaranya mesti ada set gelas, pinggan mangkuk, periuk, lampu tidur & yg paling best ialah vcd japan drama series ‘Engine’ yg dihadiahkan oleh Ann. Ribuan terima kasih juga kami ucapkan di sini kepada semua yg memberikan hadiah & juga hadir di majlis kami . Malam tersebut juga, kami makan sekeluarga dengan lauk hidangan pada maljlis pada siang hari yang masih banyak bakinya.

Setelah berhempas-pulas menyediakan segala persiapan, akhirnya aku telah selesai melaksanakan tanggungjawab aku menjalankan walimatul urus ini. Sungguhpun sederhana, aku tetap berbangga kerana di samping ianya berjalan secara teratur, dalam keadaan sederhana tetapi menarik, aku berjaya menerapkan unsur islamic di dalam majlis tersebut. Antaranya dengan mengasingkan tetamu lelaki dengan wanita, memasang lagu-lagu berunsur dakwah & nasyid serta memasukkan unsur-unsur keagamaan di dalam ucapan MC sungguhpun majlis ini pada lewat petangnya dicemari oleh nyanyian karaoke anak-anak buah aku sendiri. Huhu..

No comments: