Monday, November 12, 2007

Bertandang, Berarak Ke Paroi


Ahad (11 November 2007)

9.30 Pagi

Pekan Mantin

Kami (Aku, Shita, Umi & Qilah) bertolak menaiki sebuah kereta ke Paroi dengan agak laju kerana ingin menyaksikan majlis pernikahan Baith (Adik Shita) yang dijangkakan berlangsung dalam lebih kurang pukul 10.00 pagi. Di sepanjang perjalanan ke Bandar Seremban, aku sempat membaca beberapa bab yang terkandung di dalam novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani.

Alhamdulilah kami sempat tiba di destinasi sebelum pukul 10.00 pagi. Kami singgah di Masjid Paroi untuk bersiap-siap & berarak ke rumah pengantin. Kelihatan keluarga serta saudara mara Shita di situ lebih kurang dalam 30 orang. Aku pagi ni rase agak keletihan sedikit.

Kami bergerak beramai-ramai ke rumah pengantin perempuan dengan di tangan beberapa orang ialah hantaran yang telah direka dan dihias oleh Shita. Seperti mana biasa, Shita merupakan orang harapan untuk membuat hantaran perkahwinan di dalam keluarga dia. Seperti mana biasa juga, budaya melayu bertandang ke rumah pengantin, berjalan sekelompok perlahan-lahan sambil di hadapan sana menunggu pihak keluarga sebelah perempuan. Di dalam kepala aku berfikir sebenarnya untuk menjadikan kelainan di dalam majlis bertandang ini. Takde cara lain ke nak buat untuk bertandang..Macam naik kuda ke? Kereta Lembu ke? Berlari ke.Huhuhu....

Entah macam mana cincin Baith tertinggal di rumah. Kelam kabut jadinya sehinggakan terpaksa pinjam cincin tunang milik aku. Biasalah benda-benda macam ni. Kadang-kadang terlalu banyak benda nak difikirkan sampai mesti ada yg terlupa dan terlepas pandang.Lebih kurang pukul 10.30 pagi, majlis akad nikah pun bermula. Setelah selesai, kami dibawa untuk berehat di sebuah rumah lain yang berhampiran milik bapa kepada pengantin perempuan. Aku dengan Shita pula terus ke Giant Senawang sebab tak tahu nak buat apa ketika itu.

Kami tiba semula di rumah tumpangan jam 12.30 tengah hari. Segala persiapan telah diperkemaskan oleh pihak keluarga Shita. Bunga telur telah disusun di dalam pahar. Aku pula meneruskan bacaan novel yang dibawa tadi. Setelah semuanya siap sedia, kami bertolak ke rumah pengantin lebih kurang jam 1.00 tengah hari.

Sebenarnya dalam banyak-banyak upacara adat perkahwinan mengikut budaya orang melayu ini, yang paling aku suka saksikan ialah perarakan dengan paluan kompang. Kehadiran kami telah dinantikan oleh sebuah pasukan kompang yang aku rasa mungkin dari pasukan kompang sekolah berdekatan. Kegemaran bermain kompang di dalam diri aku ni sebenarnya memang tidak dapat dibendung lagi. Kalau boleh majlis di rumah aku nanti, aku nak main bersama pasukan kompang Gema Astar..Tapi nampak peliklah pulak. Belum pernah dibuat orang pengantin sertai pasukan kompang bermain sekali. Tapi aku rasa macam nak buat jer...Kite tengoklah nanti yer.........Tapi budak-budak yang main kompang pada hari ni bukan bermain tetapi main-main. Bukan memalu tapi memalu-malu. Main kompang ni sebenarnya ada disiplin yg perlu dijaga.. bukan setakat main hentam jer. Namun aku hanya boleh komen di dalam hati kerana ini bukan majlis aku tapi majlis orang lain. Tapi untuk menjadikan sesebuah budaya & pusaka adat bangsa tidak akan hilang, setiap sesuatu yg dipelajari dari golongan terdahulu tidak kiralah sama adanya ianya sekecil isu bermain kompang, tetapi adat budaya ini boleh lenyap jika ianya tidak dijaga & dipelihara secara serius. Itu nasihat yang aku ingin berikan kepada golongan muda tersebut.

Selepas upacara bacaan doa dan merenjis-renjis oleh ahli keluarga, kami disajikan dengan hidangan yang bagi aku amat menyelerakan. Aku pulak memang tengah lapar. Dapat masakan pedas & bersantan cara orang N.Sembilan, memang macam orang nak tidur disorongkan bantal la aku jadinya. Dalam banyak-banyak lauk tu, yg paling mendapat pujian daripada aku ialah kari daging. Memang pekat, pedas & sedap. Huhu. Namun malang bagi Shita. Gulai daging salai yg diidam-idamkan tidak jua muncul sehingga ke akhir waktu makan.

Selesai makan & bergambar, tiba waktunya kami singgah bersolat di masjid yang sama yg kami singgah pagi tadi & seterusnya meneruskan perjalanan balik ke K.Lumpur.

Dari Hill Park Ke Taman Melewar


Jumaat (9 November 2007)

8.30 Malam

Kondominium Pantai Hill Park

Aku & Faisal (Beckham) masih menunggu si Faisal sorang lagi iaitu Faisal (Ded1) untuk ke Melewar. Sebelum aku tiba di Hill Park, aku telah berselisih faham sedikit dengan Shita. Hal yang kecil sahaja. Hanya berkenaan aku keluar pada malam ini dengan 2 rakan yang bernama Faisal ke Taman Melewar untuk menghadiri ceramah. Aku faham Shita bimbang dengan suasana yang tengah kelam kabut pada ketika ini. Almaklumlah kami akan melangsungkan pernikahan insya Allah dalam 3 minggu lagi.

Kami agak lewat tiba di Melewar. Terlalu banyak sekatan jalan raya diadakan membuatkan jalan sekitar Kuala Lumpur ke Gombak berada di dalam kesesakan. Kami terpaksa mengikut jalan ke Batu Caves untuk dapat tibe di Melewar secepat mungkin. Dalam perjalanan macam-macam cerita yang keluar. Antara yang paling menarik hati aku ialah tentang nama kedua-dua sahabat aku ini. Mereka mengatakan nama mereka adalah sebutan lughah arab yang betul iaitu ‘Faisal’ dan bukannya Faizal. Menurut Faisal (Ded1) lagi, Faizal di dalam bahasa arab bermaksud tiang jamban. Aku pun tidak pasti sama ada ianya betul ataupun sekadar lawak tambahan dikala bosan menunggu kesesakan lalulintas.

Hampir jam 11.00 malam kami tiba di Markas Pas Pusat, Taman Melewar. Kami disambut oleh Pak Hussin. Salah seorang sahabat sama tempat kerja dengan aku.Kami dihidangkan dengan nasi kawah beserta lauk kari daging. Memang suasana yang agak meriah di sekitar markas ketika itu. Aku yang memang dari tadi lapar begitu bersemangat untuk makan apa lagi dihidangkan dengan lauk daging kari yang enak. Sungguhpun kalau tak silap aku hanya ada 1 jenis lauk saja ketika itu, kami tetap bersyukur kerana dapat berkumpul mendengar ceramah sambil menikmati hidangan. Terasa seperti berada di majlis kenduri kahwin di sebuah kampung.

Kepada tunangku Shita, aku berharap selepas ini dia akan faham dengan tugas & tanggungjawabku selain kepada keluarga & peribadi, aku juga harus bertanggungjawab membantu menyokong perjuangan untuk menegakkan agama Allah & keadilan di negara ini. Ini merupakan tugas wajib seorang muslim yang diamanahkan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini selagi perkara asas di dalam sesebuah negara Islam tidak diwujudkan. Sekurang-kurangnya membantu dengan menyatakan kebenaran di dalam hati. Kami sebagai aktivis yang dilatih untuk berfikir & mempunyai prinsip serta peka dengan politik semasa merasakan bertanggungjawab di dalam isu-isu berkaitan. Semoga my dear sayang menyokong perjuangan ini. Saya tak pernah keluar malam bersama kawan-kawan tanpa sebab yang penting. Dan sayang pun tahu mengenai hal tersebut....