Monday, November 12, 2007

Dari Hill Park Ke Taman Melewar


Jumaat (9 November 2007)

8.30 Malam

Kondominium Pantai Hill Park

Aku & Faisal (Beckham) masih menunggu si Faisal sorang lagi iaitu Faisal (Ded1) untuk ke Melewar. Sebelum aku tiba di Hill Park, aku telah berselisih faham sedikit dengan Shita. Hal yang kecil sahaja. Hanya berkenaan aku keluar pada malam ini dengan 2 rakan yang bernama Faisal ke Taman Melewar untuk menghadiri ceramah. Aku faham Shita bimbang dengan suasana yang tengah kelam kabut pada ketika ini. Almaklumlah kami akan melangsungkan pernikahan insya Allah dalam 3 minggu lagi.

Kami agak lewat tiba di Melewar. Terlalu banyak sekatan jalan raya diadakan membuatkan jalan sekitar Kuala Lumpur ke Gombak berada di dalam kesesakan. Kami terpaksa mengikut jalan ke Batu Caves untuk dapat tibe di Melewar secepat mungkin. Dalam perjalanan macam-macam cerita yang keluar. Antara yang paling menarik hati aku ialah tentang nama kedua-dua sahabat aku ini. Mereka mengatakan nama mereka adalah sebutan lughah arab yang betul iaitu ‘Faisal’ dan bukannya Faizal. Menurut Faisal (Ded1) lagi, Faizal di dalam bahasa arab bermaksud tiang jamban. Aku pun tidak pasti sama ada ianya betul ataupun sekadar lawak tambahan dikala bosan menunggu kesesakan lalulintas.

Hampir jam 11.00 malam kami tiba di Markas Pas Pusat, Taman Melewar. Kami disambut oleh Pak Hussin. Salah seorang sahabat sama tempat kerja dengan aku.Kami dihidangkan dengan nasi kawah beserta lauk kari daging. Memang suasana yang agak meriah di sekitar markas ketika itu. Aku yang memang dari tadi lapar begitu bersemangat untuk makan apa lagi dihidangkan dengan lauk daging kari yang enak. Sungguhpun kalau tak silap aku hanya ada 1 jenis lauk saja ketika itu, kami tetap bersyukur kerana dapat berkumpul mendengar ceramah sambil menikmati hidangan. Terasa seperti berada di majlis kenduri kahwin di sebuah kampung.

Kepada tunangku Shita, aku berharap selepas ini dia akan faham dengan tugas & tanggungjawabku selain kepada keluarga & peribadi, aku juga harus bertanggungjawab membantu menyokong perjuangan untuk menegakkan agama Allah & keadilan di negara ini. Ini merupakan tugas wajib seorang muslim yang diamanahkan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini selagi perkara asas di dalam sesebuah negara Islam tidak diwujudkan. Sekurang-kurangnya membantu dengan menyatakan kebenaran di dalam hati. Kami sebagai aktivis yang dilatih untuk berfikir & mempunyai prinsip serta peka dengan politik semasa merasakan bertanggungjawab di dalam isu-isu berkaitan. Semoga my dear sayang menyokong perjuangan ini. Saya tak pernah keluar malam bersama kawan-kawan tanpa sebab yang penting. Dan sayang pun tahu mengenai hal tersebut....

No comments: