Thursday, October 18, 2007

MENYAMBUT IDILFITRI DENGAN SHITA

Aku menyambut idilfitri yg menjelang dalam keadaan yg agak kurang sihat. Dengan masalah cirit birit serta tekanan darah yg agak tinggi. Doktor bagi aku MC 2 hari. Buat aku lega sebab aku boleh terus sambung cuti & balik kampung dgn aman. Aku pun tak tahu kenapa tekanan darah aku terlalu tinggi. Mungkin sebab aku terlalu banyak berfikir mengenai hal-hal urusan perkahwinan, hal kerja serta nak menyambut hari raya. Memang aku sedar keadaan aku pada waktu itu agak serabut sedikit dan kurang bermaya.

Setiba di kampung, segala masalah hampir 100% hilang di kepala. Memang terasa kurang sedikit tekanan dan masalah yg difikirkan. Masa tu Shita masih bekerja lagi. Die merajuk dgn aku kerana aku balik kampung awal katanya. Bermacam-macam helah die buat supaya aku temankan dia di KL. Antaranya ialah dengan merajok olok-olok sebab aku lupa nak offer sampul raya yg aku dapat kat dia. Huhuhu....Ada sekali tu die merajok sbb aku layan cerita Diari Ramadhan Rafique sampai tak fokus untuk berbual di dalam telefon dengannya.

Bila Syawal tiba, segala-galanya kembali tenang.. Shita dah tak merajok. Aku rasa alasan sebenar die merajok sebab terlalu penat untuk menyelesaikan permintaan biskut raya oleh pelanggan-pelanggan die. Mana taknya, sampai malam raya pun sibuk buat biskut raya lagi. Keuntungan biskut raya yg membolehkan die menyambar telefon bimbit baru..:P. Tunangku ini memang agak hebat di dalam membuat biskut raya. Permintaan melebihi penawaran. Sungguhpun begitu, dia tetap tidak menaikkan harga. Alangkah mulianya pekerti beliau. Bila lihat harga barang seperti ayam,minyak,tol,gunting rambut semua naik membuatkan Shita terfikir sekiranya dia meningkatkan harga jualan biskut-biskut raya menyebabkan kos sara hidup bagi pelanggan-pelangganya pada bulan raya ini akan mendadak naik.

Aku pulak kat rumah biasanya akan menjadi pemandu merangkap pembantu mak akulah. Mcm biasa awal-awal pagi hari mantai aku dah temankan mak ke pasar. Beli 6 ekor ayam telur untuk dibuat rendang, serbuk kari, berapa kilo daging aku pun tak pasti, kunyit dan pelbagai mcm barang lagi. Puasa di kampung agak mencabar kerana ketika 2-3 hari terakhir puasa, cuaca memang agak panas. Aku sampai mandi 3 kali sehari. Tahun ni takde shopping pun. Aku cuma menempah baju melayu raya beserta baju nikah kat abg Zul De Classique serta sedikit pakaian bundle. Walaupun aku rasa raya tahun ni kurang meriah disebabkan aku sudah agak tua, namun apabila melihat telatah anak-anak buah dan juga kerenah Rafique sekeluarga menyebabkan aku berasa sedikit ceria.

Syawal tiba............Selesai menunaikan solat sunat idilfitri, aku singgah menziarahi kubur arwah bapa. Setelah pulang, aku hanya duduk berehat di rumah sambil menunggu ketibaan tetamu. Shita berjanji untuk datang pada hari raya kedua. Raya pertama ni memang agak bosan jugala sebab aku tak tahu nak pergi mana. Layan jerla TV kat rumah aku yang kena pasang dalam 2 jam baru keluar suara dia. Raya kedua Shita tiba dengan memakai jubah & tudung hitam ala wahida wasini. Aku ingat arab mana yg datang tadi. Rupa-rupanya tunang tersayang...siap dengan kek, biskut raya & kain batik untuk mak. Untuk i takde ke yang? Seperti yg aku telah janjikan, sajian mee kari kegemaran Shita bersama ice blended chocolate yg dibuat oleh Kak Long Bila dihidang. Banyak juga Shita makan. Siap tanya lagi resipi mee kari kat mak aku.

Hari raya keempat aku ke Shah Alam & seterusnya ke Rawang berhari raya ke rumah nenek Shita di samping acara utama iaitu menyambut ulangtahun hari lahir beliau iaitu pada 16 Oktober. Sewaktu tiba di rumah nenek, aku nampak atuk Shita tengah mengira duit. Mungkin duit raya yang beliau terima agaknya. Tak mungkin duit raya yg dia nak bagi kat aku. Jadi cucu pun belum secara sah lagi. Shita memotong kek keluaran secret recipe sambil dinyanyikan oleh adik-adik sepupunya. Memang meriah betul sambutan hari lahirnya kali ni. Siap dapat hadiah yg telah lama dicari-cari lagi. Hehehe.

Kami juga singgah di kedai-kedai perabot di sekitar pekan Rawang mencari set bilik tidur. Aku juga disajikan bihun goreng, ayam goreng dan murtabak sewaktu beraya di rumah nenek Shita. Neneknya ketika itu tengah berpuasa, so tidak merasalah kenikmatan murtabak yg dibeli.

Lebih kurang pukul 2.30 kami bertolak balik ke Shah Alam dan aku seterusnya bergerak pulang ke kampung. Bagi aku kenikmatan beraya di kampung jauh lebih seronok dari kekayaan yg aku miliki tetapi aku takde kampung untuk balik beraya. Nostalgia beraya di kampung semenjak aku lahir memang takkan aku lupakan. Setelah kahwin pun aku nak pastikan Shita turut merasakan keindahan beraya di kampung. Dengan pelita yg berkedip – kedipan dihembus angin malam, dentuman bunyi meriam buluh & mercun, suara kanak-kanak berlari ke sana ke mari bermain bunga api serta kesibukan penghuni-penghuni kampung mengadakan persiapan raya. Memang suasana yg aku takkan dapat lupakan apabila tibanya musim raya. Selain itu, di sepanjang laluan ke Jelebu merentasi kawasan Bukit Tangga, terdapat 1 banner yg ditujukan khusus kepada warga kampung macam aku berbunyi, “Selamat Pulang Anak-Anak Jelebu Dari Perantauan”...Pergh..bukan main syahdunya pada ketika itu. Cerita kegemaran aku ketika bulan puasa & raya ini tidak lain tidak bukan ialah Diari Ramadhan Rafique kerana latarbelakang cerita tersebut bercirikan kampung idaman dengan suasana meriah menyambut idilfitri. Cerita tersebut memang mengingatkan nostalgia aku di zaman kanak-kanak yang memang tidak mampu dilupakan.....So kepada my dear fiance Shita, raya pertama kita selepas nikah di Jelebu yer?:)

No comments: