Monday, October 1, 2007

LAWATAN AUDIT KE GERAI PAKAIAN BUNDLE

Hari minggu yang sibuk..Aku dan Shita terpaksa menjalankan auditan pada hari minggu ini di beberapa kedai menjual barang-barang perkahwinan di kawasan Nilai 3.Banyak jugak isu audit yang kami dapat. Tidak lain tidak bukan berkisar dengan isu-isu hantaran. Isu yang merupakan adat nenek moyang turun temurun yang agak menyusahkan ini terpaksa dihadapi bagi setiap pasangan yang ingin berkahwin. Kawin lari kat Siam je mungkin tak perlu hantaran-hantaran ni.

Bukan sebeban tetapi 4-5 beban beg plasik di kanan & kiri tangan kami. Di kesempatan ini juga, aku sempat singgah ke gerai bundle berhampiran untuk membuat pengiraan stok. Kiraan stok tertumpu kepada tee shirt yang terjual. Untuk skop stok tee shirt ni, aku hanya mendapat 1 sahaja isu. Cukupla untuk pakai di hari raya. Nak beli yang original aku rasa setakat ni tak cukup mampu. Maklumlah harga barangan keperluan asas semuanya naik. Dari minyak hingga ke ayam, silap2 harga nak masuk toilet awam pun naik.

Memang penat betul hari minggu ni. Aku dan Shita berbuka di KFC je. Aku rasa ayam yang dijual kat KFC masih belum naik harga sebab dieorang mungkin gunakan sistem FIFO. Stok ayam yg lama disimpan akan dijual harga pada masa dibeli, bukan pada harga pasaran.

Letih semua cukup...Aku telan punya banyak air malam ni. Aku juga sempat membeli sedikit kerepek untuk dibawa balik pada hari raya nanti. Mercun je aku tak mampu nak beli. Semua berpunca kerana kenaikan harga barangan asas. Mana taknya, bajet kahwin aku terpaksa lari meningkat ke paras maksimum disebabkan segala kos untuk melangsungkan perkahwinan meningkat. Aku rasa bank-bank patut sediakan pinjaman khas untuk melangsungkan perkahwinan, khususnya untuk memenuhi permintaan manusia macam aku.

Esok pagi kena bangun awal pagi macam biasa. Memang aku berada pada tahap keletihan yang agak melampau ketika ini. Cuaca yang agak panas cukup untuk menandakan dugaan berpuasa di bulan Ramadhan ini. Sebagai umat islam, apa jua dugaan yang berlaku perlulah kite tempuhi dengan sabar.

Cukuplah kalimah merapu aku setakat ini. Aku rasa mata aku dah tak mampu nak terbuka luas lagi. Masa untuk mengelamun dan berdengkur.................

No comments: