Wednesday, September 5, 2007

SAMBUTAN ULANGTAHUN PERTAMA PERTEMUAN.........

Sabtu

11 Ogos 2007

8.30 Pagi


Aku bergegas mandi pada pagi sabtu yang hening...aku terpaksa bersiap awal kerana macam biasa nak mengelakkan diri dari menjadi mangsa ‘traffic jam’ pada pagi sabtu yang kadang-kadang aku rasakan lebih teruk dari hari bekerja. Mata masih mengantuk. Jam di atas almari solek menunjukkan pukul 8.00 pagi. Baik aku gerak sekaranglah.

Aku sampai di depan rumah Shita lebih kurang pukul 8.30 pagi. Selepas itu kami menuju ke kedai mamak Seksyen 20 untuk bersarapan dan pekena teh tarik. Lama dah sebenarnya aku tak pekena teh tarik. Rancangan Shita & aku hari ni sebenarnya nak menyambut ulangtahun pertama pertemuan kami selepas setahun berlalu.

Detik pertemuan yang agak kelam-kabut lagi huru-hara kadang-kadang begitu mencuit hati aku. Perkenalan kami yang pada mulanya hanyalah sebagai kawan siber setelah diperkenalkan oleh Tini(ex-classmate aku kat MRSM & kawan shita kat Uniten). Lama-lama atas pelawaan aku, kami telah setkan tarikh pertemuan pada hari ahad (13 Ogos 2007). Kebetulan time tu si Shita bekerja di Seremban..so kami bertemu di Kajang di mana merupakan jalan persinggahan dia untuk balik ke Seremban.

Aku menunggu dalam lebih kurang 5 minit sebelum bertemu dia di Tesco, Kajang. Dalam pada aku berdiri di sisi kereta, telefon aku berdering. Sahlah makcik ni dah sampai. Aku rase sedikit berdebar. Aku jarang mengadakan blind date seperti ini. Sebelum berjumpa makcik ni, aku sempat bertanya kat Tini, “Member kau ni ok ke tini?”huhu. Teruk betul lelaki zaman sekarang ni. Mesti mengharapkan paras rupa. Tini memberi jaminan bahawa kawan yang dia perkenalkan kat aku ni tidak menghampakan. Macam Torres yang baru dibeli oleh Liverpool FC lah sebagai contoh.

Setelah makcik bernama Mashithah ini hampir dengan aku, baru aku dapat melihat paras rupanya. Boleh tahan jugak makwe ni. Di samping mempunyai wajah yang agak comel, dia ni dah menunjukkan ciri-ciri lawak jenaka spastik macam aku gak.

Pertemuan hari ini merupakan pertemuan kedua kali bagi tarikh yang sama dalam jangka masa setahun. Sambutan ulangtahun kami diisi dengan acara berjalan dan makan besar sebab orang melayu memang suka menyambut apa-apa pun majlis dengan acara makan besar ini.




No comments: