Wednesday, September 5, 2007

GADUH DENGAN SHITA?....

Ahad

19 Ogos 2007

8.00 malam

Aku bergaduh dengan Shita. Serius bunyinya tu. Gaduh yang agak besarla jugak. Gaduh kecil tu memang dah biasa tapi kali ni perkara yang dipertikaikan terlalu besar. Terlalu sukar untuk diselesaikan oleh kami berdua. Mungkin perlukan nasihat pakar kaunseling..

Punca pergaduhan yang aku sebut seperti di atas adalah mengenai tidak bukan melainkan isu hantaran perkahwinan siapa lagi cantik. Isu ini telah timbul ketika kami bertunang tetapi timbul semula menjelang tarikh pernikahan kami. Shita marah sangat sebab aku dikatakan hendak menyaingi kehebatannya dalam membuat hantaran perkahwinan. Aku sebenarnya kagum dengan seni tangan penggubah-penggubah hantaran ini. Oleh itu, aku amat berbesar hati jika hantaran perkahwinan aku digubah penuh seni dan menarik sebagai suatu kepuasan di samping penghargaan aku ke atas seni. Tetapi lain bagi Shita. Baginya ini merupakan suatu tekanan kerana dia ingin mempertahankan kehebatan seni gubahan hantaran yang dibuatnya sendiri. Memang hebat tunang aku ni. Baginya ini merupakan persaingan yang tidak sihat kerana apabila aku bercerita dengannya, aku pasti akan menyebut hantaran aku lebih hebat dan habislah dia..huhu(teknik psikologi yang dipelajari dari kaunselor tidak bertauliah aku – faisal ded1).

Aku rasa perkara ini tidak berlaku di zaman Hang Tuah dulu. Zaman Hang Tuah hantaran pun mungkin pakai daun-daun pisang atau paling hebat pun dibalut dengan kain batik. Namun begitu, benda macam ni menjadi kontroversi dan hanya timbul setelah zaman pembangunan koridor raya yang canggih di mana matapelajaran sains & matematik di sekolah-sekolah diajar dalam bahasa inggeris. Di zaman ini orang boleh bergaduh mengenai persaingan merebut pertandingan hantaran siapa lebih cantik. Pasal hantaran pun, kita boleh bergaduh ye sayang..Aduhai............

No comments: