Monday, September 10, 2007

BERSESAK-SESAK KE SOGO, SABTU YANG MEMENATKAN...

Sabtu

8 September 2007

10.30 Pagi

Aku & Shita menyusuri jalan menghala ke Sogo yg penuh sesak dengan manusia. Tujuannya cuma satu. Untuk membeli comforter yg mahu digunakan semasa hari berlangsungnya pernikahan nanti.
Memang ramai sungguh umat manusia pada pagi sabtu tersebut. Nak masuk Sogo pun kena beratur. Almaklumlah hari sales untuk ahli kad Sogo. Kepada sesiapa yg belum jadi ahli telah dipaksa secara sukarela mengisi borang keahlian & kalau tak silap aku dikenakan yuran ahli rm24.00 untuk tempoh 2 tahun.

Aku dengan Shita berjaya memilih comforter yg diidam-idamkan oleh tunangku ini. Hari sabtu ini memang memenatkan. Sehingga ke kaunter pembayaran, semuanya berbaris panjang. Agak malang juga kerana kaunter yg kami beratur buat kali pertama mesin kiranye rosak. Terpaksa pula pergi ke kaunter kedua. Begitulah suasana gamat yg berlaku di Sogo. Aku & Shita sempat ke bahagian pakaian kanak-kanak. Di sinilah berkumpulnya ramai kaki shopping yg datang ke Sogo. Ingin membeli-belah pakaian untuk anak-anak untuk hari raya barangkali. Majoritinya Melayu. Hampir 95% yg berada di dalam shopping complex ini ialah orang Melayu. Dengan raut wajah masing-masing menyorot ganas, bermata liar ke sana dan ke mari mencari pakaian-pakaian murah. Huhuhu. Aku ketawa dalam hati melihat gelagat saudara semelayu & seislamku pada hari ini. Memang rakus betul masing-masing yg kebanyakannya berjantina wanita dalam memuaskan nafsu membeli-membelah. Sampai tak hiraukan laluan dah..Aku hampir dilanggar beberapa kali oleh puak-puak ekstremis shopping tersebut. Kalau tak tuan punya barang yg langgar, bakul barang mereka yg melanggar anggota tubuhku. Aku mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjadikan comforter yg dibeli sebagai perisai perlindungan. Sesiapa yg datang menyerang membabi buta, akan aku tepis dengan perisai berisi kapas tersebut.

Selesai menunaikan hajat, aku & Shita singgah makan tengah hari kat A&W. Punyelah dahaga waktu tu. Habis makan aku sempat singgah di 2 buah kedai buku berdekatan. Aku sebenarnya sedang mencari sebuah novel sastera berkonsepkan pascamodenisme hasil karya Faisal Tehrani bertajuk 1515. Seperti yg aku sedia maklum bahawa aku memang minat buku-buku yg berlatarbelakangkan sejarah tidak kira sejarah islam, sejarah melayu & kebangkitan pejuang-pejuang menentang kezaliman. Aku membeli novel tersebut dengan harga RM22.00. Aku tak mahu mengulas panjang berkenaan cerita di dalam novel tersebut. Cukuplah sekadar menerangkan ianya bertemakan peperangan & kemusnahan/kebangkitan Kerajaan Melayu Melaka sewaktu berperang dgn Feringgi pada tahun 1511. Mungkin kalau rajin, aku akan muatkan blog mengenai ulasan aku setelah tamat membaca novel ini.

Seterusnya kami memandu keluar dari kawasan Jalan TAR menuju ke Jalan Pudu. Pelan kedua kami ialah ingin menempah kad jemputan kawin. Setelah sampai di kedai tempahan kad jemputan kahwin wed.com.my, kami mula mengisi borang sementara menunggu Khairul, salah seorang lagi pengantin yg merupakan sepupu kepada Shita. Bercakap mengenai kad jemputan ni, aku dgn Khairul terpaksa menerangkan secara terperinci berkenaan kad yg kami ingini. Sampai pening kepala towkey kedai yang bernama Abg Saiful itu. Sungguhpun begitu, beliau tetap cool & ketawa melihat telatah kami bertiga. Apa tidaknya, bayangkanlah ade 1850 keping kad yg kami ingin, tetapi terdapat 3 inlay berbeza & setiap kad hanya mengandungi 2 inlay. Bagi ketiga-tiga inlay, kuantitinya berbeza. Mana tak pening towkey kedai ni.Huhu.Namun pengalaman yg dieorg ada membuatkan masalah ni jadi settle sekejap jer. Sekejap tak sekejap pun hampir 2 jam jugakla aku berkampung di situ. Aku telah berpesan kepada towkey kedai supaya meletakkan ayat Al-Quran di belakang kad seperti di bawah:

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '
(ar-Ruum:21)
dan juga meletakkan doa yg diamalkan oleh Rasullulah S.A.W. di dalam inlay aku. Ianya berbunyi:
Dari Abu hurairah, bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mengucapkan selamat kepada seorang mempelai :
Mudah-mudahan Allah memberimu keberkatan,
Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkatan atasmu dan
mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan".

(Hadits Shahih Riwayat Ahmad 2:38, Tirmidzi, Darimi 2:134, Hakim 2:183, Ibnu Majah dan Baihaqi 7:148).
Sebenarnya aku telah berniat di dalam diri untuk menjadikan majlis perkahwinanku ini lebih islamik. Atas dasar cinta agama, setiap perkara yg aku buat untuk tugasan program perkahwinan, aku mahu tonjolkan imej islam & di samping melaksanakan walimatul urus, aku dapat memberi manfaat berbentuk kerohanian kepada semua tetamu yg hadir. Insya allah.
Setelah selesai menempah kad, kami bergerak pulang ke Shah Alam. Hanya tinggal 1 benda lagi yg belum selesai iaitu membeli hadiah yg bermakna untuk Shita menjelang hari pernikahan. Biarlah aku rahsiakan apa barangan tersebut. Setelah selesai semua urusan, aku menghantar Shita balik dan sampai di rumah lebih kurang pukul7.00 malam.
Selesai menunaikan solat maghrib, aku berangkat ke Tesco pula kerana telah berjanji dengan Akil Idraqi (anak buah) untuk membelikan dia kek harijadi. Malam tersebut merupakan malam sambutan harijadi Akil & abahnya kerana tarikh hari lahir mereka berdekatan. Majlis yg diadakan hanyalah kecil-kecilan sahaja. Cuma menjemput jiran sebelah & rakan-rakan mereka. Aku yg keletihan tersandar di depan TV melayani perlawanan akhir Piala Malaysia. Memang hari ini merupakan hari Sabtu yg memenatkan…

No comments: